Sunday, 27 February 2011


TAJUK:
TOKOH PENYENGGALARAAN DAN PENYEMPURNAAN JENAZAH

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 551

DISEDIAKAN OLEH : SITI MARIAM BINTI SULAIMAN
NO MATRIX : 2010282462
KUMPULAN : BMB2Bc

PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN) PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
                         (BM 223)

TARIKH HANTAR : 28/2/2011
Abstrak
 Allah berfirman dalam suroh Ali-imran, (ayat 185). Dan  ayat (102).
Ertinya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.  Suroh ali imran ayat 185.
Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepadanya dan janganlah sekali-kali kamu mati, melainkan kamu dalam keadaan muslim.” (QS Ali Imran : 102).  
Pendahuluan
Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah dalam beragama islam, Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia
membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan
tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith,
menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut
atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau
sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari
seluruh umat Islam.
Ilmu yang jadi fardhu kifayah ialah semua ilmu yang diperlukan untuk
membangunkan urusan dunia seperti ilmu perubatan dan penyempurnaan jenazah kerana ia adalah suatu keperluan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia. Begitu juga dengan
ilmu perakaunan kerana ia adalah keperluan di dalam hubungan muamalat,
pembahagian wasiat, pewarisan dan sebagainya. Ilmu-ilmu seperti ini sekiranya
sesebuah negeri tidak memilikinya maka penduduk negeri itu akan berada di dalam
kesusahan.
maka dengan itu perlulah ada nya penyempurnaaan jenazah islam.
Latar belakang 
 



Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kita masih dirahmati allah dan terus terselamat daripada bala bencana kerana fardu kifayah dan fardu ain masih lagi dilaksanakan oleh umat islam pada hari ini. Hj. Musthapa bin Awang  yang lebih mesra dipanggil  Pak Pa, merupakan salah seorang tokoh islam yang memikul tanggungjawab besar dalam melaksanakan fardu kifayah iaitu dalam hal penyenggelaraan dan penyempurnaan jenazah. Beliau mendapat pendidikan tinggi dan rendah di sekolah Gaal Pasir Putih,Kelantan. Hidup beliau hanya bergantung pada pendapatan hasil kebun getah warisan keluarga. Beliau hanya seorang penoreh getah biasa dan dilantik sebagai tok bilal oleh jawatan kuasa kampung Pasir Akar. Sebagai tok bilal, beliau  bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah allah dan membentangkan sejadah sebelum menunaikan solat jemaah.

Namun begitu,  beliau yang berusia 65 tahun telah mula berjinak dalam pengurusan jenazah sejak awal tahun 90 - an dan  berkecimpung dalam bidang penyempurnaan jenazah islam lebih dari sepuluh tahun setelah kerap kali menemani dan membantu arwah kawannya dalam hal memandikan jenazah. Pak Pa mula rasa berminat dalam hal pengurusan mayat setelah di galakkan oleh ketua kampung untuk menghadiri kursus penyempurnaan jenazah yang diadakan di bawah program Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 1989. Pada tahun 1991, Pak Pa diiktiraf menjadi JKKH (Jawatankuasa keharmonian) oleh Klinik kementerian kesihatan Besut, Terengganu (KKkB) dan sekali gus di lantik menjadi ketua penyelenggaraan jenazah kampung pasir akar setelah mendapat kepercayaan penduduk kampung.
Pengalaman pelik
   Sebagai ketua bilal dalam pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah Pak Pa tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan.
Salah satu daripada pengalaman-pengalaman itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang beliau uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.
Sepanjang pengalaman beliau dalam pengurusan jenazah sejak lebih 10 tahun lalu, Pak Pa mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus. Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang Pak Pa sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Beliau di beritahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.Seperti biasa sebelum memandikan mayat, Pak Pa memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, beliau mula memandikan arwah dengan bantuan adik beliau, ahmad.Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
"Eh, ada lagi najis", kata adik Pak Pa, Ahmad kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu jam setengah  sudah mencukupi. Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, pak Pa  terperanjat besar bila mendapati kain putih yang Pak Pa sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
"Eh, kenapa tak cukup. Takkan salah potong", Pak Pa berkata pada adiknya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang mereka sediakan itu tidak muat. Mereka berdua sama-sama bingung dan bertanya-tanya di mana silapnya. Nak katakan beliau  tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Ahmad sendiri menyaksikan dan membantu Pak Pa memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun mereka berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong dakwa Pak Pa. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, beliau mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela. Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada beliau. Tidak mungkin beliau tersalah ukur.
Sepanjang tempoh pembabitan beliau dalam bidang itu, inilah kali pertama beliau berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya dan mencucuri rahmat di atas rohnya. Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak ada. Kain yang beliau bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang ada. Maha Suci Allah, beliau sekali lagi teperanjat beser bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang beliau sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas beliau tarik untuk cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, beliau terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban beliau. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri beliau menjadi bertambah bingung. Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir. Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik dan liang lahad digali semula.
Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa? Jenazah dinaikkan semula dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan.
Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Beliau sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang beliau bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, beliau pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada beliau untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada beliau. Jika betul 24 ela, kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil. Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan beliau tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada beliau sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang beliau dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk - suka mengutuk dan menperlekehkan orang.Bukanlah niat beliau untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara- perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri.

Pengalaman menginsafkan
Pengalaman yang cukup menginsafkan ini jauh berbeza dengan jenazah-jenazah yang pernah di uruskan Pak Pa. Orangnya beliau kenal, si mati berbadan gemuk dan berusia sekitar 50- an. Punca kematian si mati ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazah si mati untuk kali petama, beliau  mendapati muka si mati tenang dan jernih. Walaupun si mati bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan.Pak Pa dan rakan seperjuangan lansung  tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badan si mati. Najis si mati tak ada langsung. Puas Pak Pa menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis yang keluar dari dubur si mati. Bersih sungguh mayat si mati.ini kali pertama Pak pa menguruskan jenazah yang begitu bersih. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuh si mati seolah-olah si mati  telah di bersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul Pak Pa dan rakannya menguruskan si mati. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh yang singkat dan pengurusan mayat si mati tidak sampai sejam pun. Sewaktu hendak mengapan jenazah,Pak Pa dan rakannya  pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ke tanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Pak Pa sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.
Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat di dunia dan akhirat.
CABARAN
Sepanjang melibatkan diri dalam pengurusan jenazah, Pak Pa sentiasa menghadapi cabaran yang sukar. Tak semua tok bilal yang boleh melaluinya. Pengurusan jenazah HIV memerlukan ketelitian yang tinggi.
Cara untuk menguruskan jenazah bagi pesakit AIDS beragama Islam:

(a) Memandikan jenazah:
i) Pemandi jenazah mesti memakai sarung tangan (dua pasang) yang tebal               dan kalis air.
ii) Pemandi juga mesti memakai apron.
iii) Pemandi juga memakai kasut but paras lutut.
iv) Pemandi memakai topeng (mask) yang menutup mulut dan hidup.
v) Pemandi mesti memakai ‘eyeshield’.
vi) Bekas mandi jenazah mestilah mempunyai saluran air keluar terus ke dalam tanah.
vii) Bahan mandian menggunakan klorok (1 liter klorok = 9 liter air)
viii) Bahan klorin ditaburkan dalam takungan bekas buangan air mandian jenazah
ix) Segala peralatan yang digunakan hendaklah ditanam selepas mandian jenazah selesai.
x) Sekiranya peralatan tersebut hendak digunakan semula maka ia hendaklah direndam dalam larutan klorok selama 3 jam sebelum digunakan.
xi) Hanya air siraman pertama menggunakan air klorok manakala siraman seterusnya adalah air biasa.


(b) mengafankan jenazah:
i) Lapisan pertama menggunakan plastik yang sama panjang dengan ukuran jenazah.
ii) Setiap rongga hendaklah disumbat dengan kapas yang telah dilembabkan dengan klorok.
iii) Kain kafan seperti mana jenazah biasa.


(c ) Menyembahyang dan mengebumikan jenazah pesakit AIDS adalah sama seperti mana jenazah manusia biasa

Sumbangan

Pak Pa juga membuka kelas memandikan mayat dan mengkafankan jenazah di kampong Pasir Akar.kelas beliau terbuka untuk semua golongan umur. Antara ilmu yang di ajar ialah:

  1. Sifat berani.
  2. Sabar.
  3. Amanah.
  4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.  
  1. Sediakan tempat mandi.
  2. Sabun mandi.
  3. Air daun bidara.
  4. Air bersih.
  5. Sugi - 7 batang.
  6. Sarung tangan - 3 atau 5.
  7. Sedikit kapas.
  8. Air kapur barus.
  9. Baldi serta gayong.
A. Tata Cara Memandikan Jenazah
Ada beberapa hal yang harus dipersiapkan sebelum memandikan jenazah, iaitu sebagai berikut.
  1. Siapkan tempat yang layak. Ruang tempat memandikan hendaknya terjaga dari penglihatan orang yang lalu lalang dan merupakan tempat yang memberikan kehormatan bagi jenazah.
  2. Siapkan peralatan atau perlengkapannya antara tempat atau alas memandikan jenazah, wadah dan air secukupnya, sabun atau pembersih, kapur barus, air mawar atau daun bidara agar wangi dan tidak bau.
  3. Orang yang berhak memandikan adalah muhrim dari si mayit seperti orang tua, suami atau isteri, anak, kerabat dekat, atau orang lain yang sejenis.
  4. Dalam memandikan jenazah hendaknya mendahulukan anggota-anggota wudhu dan anggota badan yang sebelah kanan pada waktu mulai menyiramkan air. Memandikan jenazah disunahkan tiga kali atau lebih. Ketentuan aurat tetap berlaku pada pemandian jenazah.
  5. Syarat-syarat jenazah yang harus dimandikan iaitu sebagai berikut.

a. Jenazah itu orang muslim atau muslimat
b. Jenazah itu bukan kerana mati syahid (mati dalam peperangan membela agama). Hadis rasulullah SAW menyatakan ertinya sebagai berikut:
“Dari Jabir, sesungguhnya nabi Muhammad SAW telah memerintahkan terhadap orang-orang yang gugur dalam perang uhud supaya dikuburkan dengan darah mereka, tidak dimandikan dan tidak dishalatkan.” (HR Bukhari)
c. Badan atau anggota badannya masih ada walaupun hanya sebagian yang tinggal(apabila kerana kecelakaan atau hilang)

Cara memandikan jenazah tersebut adalah sebagai berikut.
a. Jenazah ditempatkan di tempat yang terlindung dari panas matahari, hujan atau pandangan orang banyak. Jenazah ditempatkan pada tempat yang lebih tinggi seperti dipan atau balai-balai
b. Memulainya dengan membaca basmalah
c. Jenazah diberi pakaian mandi (pakaian basahan) agar auratnyatetap tertutup seperti sarung atau kain dan supaya mudah memandikannya
d. Membersihkan kotoran dan najis yang melekat pada anggota badan jenazah dengan sopan dan lemah lembut
e. Jenazah diangkat (agak didudukkan), kemudian perutnya diurut supaya kotoran yang mungkin masih ada di perutnya dapat keluar serta bersihkan mulut, hidung, dan telinganya
f. Kotoran yang ada pada kuku-kuku jari tangan dan kaki dibersihkan, termasuk kotoran yang ada di mulut atau gigi
g. Menyiramkan air ke seluruh badan sampai merata dari atas kepala hingga sampai ke kaki. Setelah seluruh badan disiram air, kemudian dibersihkan dengan sabun dan disiram kembali sampai bersih
Hadis nabi Muhammad SAW yang ertinya : “Dari Ummu Atiyah r.a. nabi SAW datang kepada kami sewaktu kami memandikan putri beliau, kemudian beliau bersabda, mandikanlah ia tiga kali atau lima kali atau lebih, kalau kamu pandang lebih baik dari itu, dengan air serta daun bidara dan basuhlah yang terakhir dengan dicampur kapur barus.” (HR Bukhari dan Muslim). Pada riwayat lain, mulailah dengan bagian badannya yang kanan dan anggota wudhu dari jenazah tersebut).
h. Setelah diwudukan dan terakhir disiram dengan air yang dicampur kapur barus, daun bidara, wewangian yang lainnya agar berbau harum. Air untuk memandikan jenazah hendaknya air biasa yang suci dan menyucikan kecuali dalam keadaan darurat.
i. Dikeringkan dengan kain atau handuk
B. Tata Cara mengafani Jenazah
1. Siapkan perlengkapan untuk mengafani aitu sebagai berikut
  1. Kain kafan 3 helai untuk laki-laki dan sesuai dengan ukuran panjang badannya. Kain kafan 5 helai untuk perempuan dan sesuai ukuran panjang badannya
  2. Kapas secukupnya
  3. Bubuk cendana
  4. Minyak wangi
2. Cara mengafani
  1. Kain kafan untuk mengafani jenazah paling sedikit satu lembar yang dapat dipergunakan untuk menutupi seluruh tubuh jenazah, baik laki-laki ataupun wanita. Akan tetapi, jika mampu disunahkan bagi jenazah laki-laki dikafani dengan tiga lapis atau helai kain tanpa baju dan sorban. Masing-masing lapis menutupi seluruh tubh jenazah laki-laki. Sebagian ulama berpendapat bahwa tiga lapis itu terdiri dari izar (kain untuk alas mandi) dan dua lapis yang menutupi seluruh tubuhnya
  2. Cara memakaikan kain kafan untuk jenazah tersebut ialah kain kafan itu dihamparkan sehelai-sehelai dan ditaburkan harum-haruman seperti kapur barus dan sebagainya diatas tiap-tiap lapis itu. Jenazah kemudian diletakkan diatas hamparan kain tersebut. Kedua tangannya diletakkan diatas dadanya dan tangan kanan berada diatas tangan kiri. Hadis nabi Muhammad SAW yang ertinya : “Dari Aisyah r.a bahwa rasulullah SAW dikafani dengan tiga kain putih bersih yang terbuat dari kapas dan tidak ada didalamnya baju maupun sorban.” (HR Bukhari dan Muslim)
  3. Adapun untuk jenazah wanita disunahkan untuk dikafani dengan lima lembar kain kafan, yakni kain basahan (kain alas), baju, tutup kepala, cadar dan kain yang menutupi seluruh tubuhnya. Di antara beberapa helai atau lapisan kain diberi harum-haruman. Cara memakaikannya iaitu mula-mula dihamparkan kain untuk membungkus jenazah. Setelah itu, jenazah diletakkan diatasnya setelah kain tersebut diberi harum-haruman. Kemudian, jenazah dipakaikan kain basahan (kain alas), baju, tutup kepala, dan cadar yang masing-masing diberi harum-haruman. Selanjutnya jenazah dibungkus seluruh tubuhnya dengan kain pembungkus. Hadis nabi Muhammad SAW yang ertinya : “Dari Laila binti Qanif ia berkata saya adalah salah seorang yang ikut memandikan ummu kulsum binti rasulullah SAW ketika meninggalnya. Yang mula-mula diberikan oleh rasulullah kepada kami ialah kain basahan (alas), baju, tutup kepala, cadar dan sesudah itu dimasukkan kedalam kain yang lain (yang menutupi seluruh tubuhnya). Selanjutnya Laila berkata, sedang waktu itu rasulullah SAW ditengah pintu membawa kafannya, dan memberikan kepada kami sehelai-sehelai.”(HR Ahmad dan Abu Daud).
  4. Catatan :
Jika seorang meninggal dunia dalam keadaan sedang ihram, baik ihram haji atau ihram umrah tidak boleh ditaburi atau diberi wangi-wangian dan tutup kepala
  1. Lubang-lubang seperti lubang hidung dan lubang telinga disumpal dengan kapas
  2. Lapisi bagian-bagian tertentu dengan kapas
C. Menyolatkan Jenazah
Solat jenazah ialah solat yang dikerjakan sebanyak empat kali takbir dalam rangka mendoakan orang muslim yang sudah meninggal. Jenazah yang disolatkan ini ialah yang telah dimandikan dan dikafani. Hadis nabi Muhammad SAW
ﻗﺎﻞ ﺮﺳﻮﻞ ﺍﷲ ﺻﻠﻰ ﻋﻠﻳﻪ ﻮﺳﻠﻢ ﺻﻠﻮﺍ ﻋﻠﻰ ﻣﻮﺗﺎ ﻜﻢ
Ertinya: “Rasulullah SAW bersabda solatkanlah olehmu orang-orang yang meninggal!.” (HR Ibnu Majjah)
Adapun mengenai tatacara menyolatkan jenazah adalah sebagai berikut.
  1. Posisi kepala jenazah berada di sebelah kanan, imam menghadap ke arah kepala jenazah bila jenazah tersebut laki-laki dan menghadap ke arah perut bagi jenazah perempuan. Makmum akan lebih baik bila dapat diusahakan lebih dari satu saf. Saf bagi makmum perempuan berada di belakang saf laki-laki.
  2. Syarat orang yang dapat melaksanakan solat jenazah adalah menutup aurat, suci dari hadas besar dan hadas kecil, bersih badan pakaian dan tempat dari najis, serta mneghadap kiblat
  3. Jenazah telah dimandikan dan dikafani
  4. Letak jenazah berada di depan orang yang menyolatkan, kecuali pada solat gaib
  5. Rukun solat jenazah adalah sebagai berikut
a. Niat
b. Berdiri bagi yang mampu
c. Takbir empat kali
d. Membaca surah Al Fatihah
e. Membaca salawat nabi
f. Mendoakan jenazah
g. Memberi salam

Tata cara pelaksanaan solat jenazah adalah sebagai berikut
  1. Mula-mula seluruh jamaah berdiri dengan berniat melakukan solat jenazah dengan empat takbir.
Niat tersebut sebagai berikut:
ﺍﺻﻠﻰﻋﻠﻰﻫﺫﺍ ﺍﻠﻣﻳﺖ﴿ﻫﺫﻩﺍﻠﻣﻳﺘﺔ﴾ﺍﺮﺑﻊ ﺘﻜﺑﻳﺮﺖ ﻔﺮﺾ ﻛﻓﺎﻳﺔ ﻤﺄﻤﻮﻤﺎ ﷲ ﺘﻌﺎﻟﻰ
Ertinya : Aku berniat solat atas jenazah ini empat takbir fardu kifayah sebagai imam/makmum kerana Allah SWT
2.    Kemudian tahbiratul ihram yang pertama dan setelah takbir pertama itu selanjutnya membaca surat Al Fatihah
  1. Takbir yang kedua dan setelah takbir yang kedua membaca salawat atas nabi Muhammad SAW
  2. Takbir yang ketiga dan setelah takbir yang ketiga membaca doa jenazah. Bacaan doa bagi jenazah adalah sebagai berikut
ﺍﻟﻟﻫﻡ ﺍﻏﻓﺮﻟﻪ ﻮ ﺍﺮﺤﻣﻪ ﻮ ﻋﺎﻓﻪ ﻮﺍﻋﻒ ﻋﻧﻪ ﻮﺍﻜﺮﻡ ﻨﺰﻮﻟﻪ ﻭ ﻭﺴﻊ ﻤﺪﺨﻠﻪ ﻮﺍﻏﺴﻠﻪ ﺒﺎﻟﻤﺂﺀ ﻮ ﺍﻠﺜﻠﺞ ﻮ ﺍﻠﺑﺮﺍﺩ ﻮ ﻨﻘﻪ ﻤﻥ ﺍﻠﺠﻄﺎﻴﺎ ﻜﻤﺎ ﻴﻧﻘﻰ ﺍﻠﺛﻮﺏ ﺍﻻﺒﻴﺽ ﻤﻥ ﺍﻠﺪﻨﺱ ﻮ ﺍﺒﺩﻠﻪ ﺩﺍﺮﺍ ﺨﻴﺮﺍ ﻤﻥ ﺩﺍﺮﻩ ﻮ ﺍﻫﻼ ﺨﻴﺮﺍ ﻤﻥ ﺍﻫﻠﻪ ﻮﺍﻗﻪ ﻓﺘﻨﺔ ﺍﻠﻗﺒﺭ ﻮ ﻋﺫﺍﺐ ﺍﻠﻨﺎﺮ
Ertinya : “YA Allah, ampunilah ia, kasihanilah ia, sejahterakanlah ia, maafkanlah kesalahannya, hormatilah kedalam tangannya, luaskan lah tempat tinggalnya, bersihkanlah ia dengan air ais dan embum, bersihkanlah ia dari dosa sebagai mana kain putih yang dibersihkan dari kotoran, gantilah rumahnya dengan rumahnya yang dulu, dan gantilah keluarganya dengan yang lebih baik daripada keluarganya yang dahulu, dan perihalalah dia dari huru-hara kubur dan seksa api neraka.”
Catatan :
Do’a yang dibaca setelah takbir ketiga dan keempat disesuaikna dengan jenis jenazahnya iaitu :
1.     apabila jenazahnya wanita, maka damir () hu diganti dengan kata ha(ﻫﺎ)
2.     apabila jenazahnya dua orang, maka setiap damir kata hu() diganti dengan huma (ﻫﻣﺎ )
3.     apabilla jenazahnya banyak, maka setiap damir kata hu diganti dengan(ﻫﻢ)
atau (ﻫﻦ)
5.    Takbir yang keempat, setelah takbir keempat membaca doa sebagai berikut
ﺍﻟﻟﻫﻡ ﻻ ﺘﺤﺮﻣﻨﺎ ﺃﺟﺮﻩ ﻮ ﻻ ﺘﻔﺘﻨﺎ ﺒﻌﺪﻩ ﻮ ﺍﻏﻔ ﺮﻠﻨﺎ ﻮ ﻟﻪ
Ertinya : Ya Allah, janganlah engkau rugikan kami dari mendapatkan pahalanya dan janganlah engkau beri kami fitnah sepeninggalnya, dan ampunilah kami dan dia (HR Hakim)
Membaca salam kekanan dan kekiri
Ertinya : Dari Malik bin Hurairah ia berkata,rasulullah SAW bersabda, Tidak seorang mukmin pun yang meninggal kemudian disolatkan oleh umat Islam yang mencapai jumlah tiga saf, kecuali akan diampuni dosanya.” (HR Lima ahli hadis kecuali Nasai)
6.    Memperbanyak saf, jika jumnlah jemaah yang menyolatkan jenazah itu sedikit, lebih baik mereka dibagi tiga saf. Apabila jemaah solat jenazah itu terdiri dari empat orang, lebih baik dijadikan dua saf, masing-masing saf dua orang dan makruh jika dijadikan tiga saf kerana ada saf yang hanya terdiri dari satu orang.
Kesimpulan
Setiap pertemuan pasti berlakunya perpisahan begitu juga kematian. Kehidupan yang diberi kepada kita oleh Allah adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya and hendak lah kita beramal ibadat untuk dijadikan bekalan di hari mangadilan nanti. Makhluk yang hidup pasti akan menghadapi dan merasai akan kematian dan setiap yang hidup pasti akan mati juga sesungguh nya kita sebagai manusia adalah dicipta untuk menyembah tuhan yang satu iaitu Allah. Mengingatkan mati harus sering dilakukan agar setiap manusia sentiasa mempersiapkan diri dengan beramal soleh dan segera bertaubat dari kesalahan dan dosa yang telah dibuat. Kita harus mempersiapkan diri dengan bekalan amalan yang baik dan diredhai Allah agar kita dapat menuju ke akhirat dengan khusnul khatimah atau akhir hayat yang sebaik-baknya.